Tauliah SUKSIS

Alhamdulillah dengan izin Allah, Aku telah berjaya menamatkan course Suksis ni selama 3 tahun. Dia bermula pada Oktober 2020, di mana aku decide untuk join uniform ni well of course sebab elaun la reason number 1 hahaha.


            Tapi itulah, hati itu pandai berubah mengikut peredaran masa. Aku banyak struggle masa SUKSIS ni sebab berat badan bukan lagi macam masa Asasi, tiptop ahha. Paling parah masa kem PGA la. Segala benda diuji. Semua dibuat cara komando, tapi alhamdulillah dapat jg ku tempuhinya. 


            Last momen. Latihan pentauliahan. 2 minggu straight latihan kawad bersenjata. Memang aku cakap awal2 tu penat tapi dah minggu kedua, dia dah ringan sikit. So yea berakhir dengan sijil inspektor simpanan. Maka tamatlah perjuanganku dalam Suksis.


            Orang cakap niat berubah kan. So niat ku yang kerana elaun berubah dengan azam niat yang lagi baru iaitu untuk memperbaiki diri ini yang masih penuh dengan kesombongan. Untuk menjadi seorang lelaki yang tahan tukul. HAHAHA


            So tu je la kot. Thank you kepada yang sudi baca. Kepada seangakatanku. Ku ucapkan tahniah dapat habiskan SUKSIS. Kepada yang baru join bertabahlah insyaallah anda akan berjaya juga. Kepada yang tak pernah join atau singgah sini. Thank you sudi baca karya hidupku yang tak seberapa. Moga menjadi iltizam kepada yang membaca.
                        

Comments